::Klik di sini untuk membaca::

Klik Di sini untuk membaca:: [1][2][3][4] selamat membaca! ="}

Sunday, 26 September 2010

Episode 4

“Lady kaki dah sembuh?”
Pak Deris memerhatikan kaki aku yang semakin kecil balutannya berbanding minggu lalu.
“Huh, dah agak nak sembuh ni, jangan main dekat luar lagi ya.” Pesan Pak Deris.
Aku melangut memerhatikan Pak Deris. Tanda faham apa yang diperkatakan olehnya itu tadi.
“Lady, rindu cucu Pak Deris ya?”
Barangkali Pak Deris perasan yang aku sedang menatap gambar cucu kesayangannya itu sejak dari tadi. Dalam gambar itu, kukira umur Dasim masih kecil. Aku pun ada bernostalgia di dalam gambar tersebut. Dipeluk oleh dia, cucu kesayangan Pak Deris. Pak Deris sambil mengambil gambar berbingkai itu lalu menapnya dengan penuh rindu. Dia mengusap kepala aku. Sambil itu, aku cuba menarik-narik gambar yang berbingkai itu dari dibawa oleh Pak Deris ke tempat lain.
“Waktu ini, Dasim masih kecil, umur dia baru lapan tahun. Dah lama dia tak balik, sejak kejadian hari tu. Amina takut sangat anak dia tu… Ah, hah… kalau Lady jumpa dia nanti mesti Lady terkejut besar. Sebab Dasim dah kacak! Pak Deris tengok dia dah macam Fahrin. Pengacara sehati berdansa tu.”
Pak Deris sengeh sambil bercerita. Rindu benar dia dengan Dasim. Pak Deris tengok aku. Sesekali kuku aku mengena baju Pak Deris. Cuba menarik gambar itu sekali lagi.
“Sabar-sabar, Pak Deris letak balik gambar ni. Lady betul-betul rindukan Dasim cucu Pak Deris itu ya? Pak Deris telefon sekarang ya?”
Sambil meletakkan gambar berbingkai itu kembali ditempat tadi. Pak Deris merapati telefon rumah yang diletakkan di atas meja kecil disebalik almari gambar itu tadi. Lama juga aku tunggu Pak Deris di situ sehinggakan aku dengar Pak Deris berbual-bual di situ. Dengan apa yang dikatakan oleh Pak Deris. Telefon.
“Hello,”
Suara yang agak dewasa kini kudengari. Walaupun hanya desiran halus. ANmun tetap dapat kudengari.
“Hello, Dasim cucu atok. Assalamualaikum?”
“Atok! Waalikumusalam, saya ingat siapa tadi.”
“Cucu atok sihat?”
“Baik, Alhamdulillah tok. Atok sihat?”
“Alhamdulillah, biasalah dah tua.”
“Rindunya dekat atok. Mak tok buat apa tok? Dia sihat?”
“Huh, kata aje rindu bukan nak balik pun. Mak Tok kamu tu ada, karang dia baliklah. Melawat orang sakit. Kata dia kawan dia yang sakit.”
Mak tok yang dimaksudkan oleh Pak Deris itu mungkin Mak Besah. Isteri kesayangannya. Dah lama aku tidak dengar panggilan itu yang terpancul sendiri dari mulut satu-satunya cucu kesayangan mereka itu.
“Kat mana?”
“Kat kampung Pulau,”
“Jauh tu atok tinggal dengan siapa?”
“Macam tak tahu atok kamu ni dah biasa ditinggalkan oleh Mak Tok kamu tu? Biasalah atok ditemani oleh kucing kesayangan kamu itulah.”
Pak Deris sesekali dia mengerling melihat aku dengan senyuman. Aku memerhati Pak Deris dengan membulatkan anak mata. Bersinar-sinar pula aku dengar nama itu. Dasim. Tersengeh-sengeh aku dibuatnya. Kalaulah aku dapat bercakap, sudah tentulah aku yang akan merebut telefon itu dan bercakap dengan budak lelaki yang aku rindui itu. Tapi tak ada pula mereka bercakap tentang aku. Aku terus terjun turun ke bawah.
“Lady atok? Lady sihat? Rindunya nak peluk kucing Dasim tu.”
“Apa? Lady? Kucing Dasim itu ok. Ah kamu kata rindu? Bila nak balik sini?”
Terpana sebentar pabila mendengar nama aku disebut. Aku menoleh ke belakang melihat Pak Deris yang sedang bercakap dengan budak lelaki yang aku tunggu selama ini untuk berjumpa kembali.
“Ha, Lady dengar tu? Cucu Pak Deris kirim salam dekat Lady.”
Pak Deris bagai mengangguk-angguk melihat aku yang ada di bawah ini. Lalu, menyambung perbualannya dengan Dasim ditalian tersebut.
“Kau tahulah, Dasim, Lady asyik tengok gambar kau aje sejak dua menjak ni.”
“Mestilah cerdik, tengok siapa tuan dia, cucu atok Dasim yang asuh dia bukan?”
Berdekah-dekah Pak Deris ketawa. Tidak seperti biasa. Agaknya sudah terubat rindu dia hendak mendengar suara cucu kesayangannya itu. Aku terus berlalu keluar dari situ. Membiarkan Pak Deris berbual dengan Dasim.
“Assalamualaikum?”
Suara itu datang dari luar. Mesti Mak Besah dah balik. Cepat pula dia balik.
“Eh, itu Mak Tok kamu dah balik, kejap ya.”
Sambil menekup corong telefon. Dia menyahut salam sambil memerhatikan Mak Besah isterinya yang tercinta melangkah naik sambil membetulkan selendang yang ada di atas kepalanya sehingga ke atas rumah.
“Waalaikumusalam, Eh, Besah! Dasim ni, cepat! Cepat!”
Gesa Pak Deris. Tergesa-gesa pula Mak Besah melangkah laju kepada Pak Deris mendapatkan telefon untuk bercakap dengan Dasim. Terharu aku tengok.



“Hey, Lady!”
“Hey…”
Aku melepak di atas balkoni bersendirian. Tetapi, kini sudah ditemani oleh si Gendut, kucing putih yang gebu. Kepunyaan tuannya Che Siti jiran belakang rumah Pak Deris. Sama kembang dengan si Gendut kucing peliharaannya itu. Aku tersengeh mengingatkan Che Siti yang suka beri kami makan nasi digaul dengan ikan dan budu tempoh hari. Sedap juga. Padanlah Si Gendut ini semakin gendut. Gendut merapati aku.
“Tengok kaki kau, dah oklah.”
Gendut memerhatikan kaki aku yang tercedera akibat berentam dengan ular sawa tempoh hari.
“Hey Lady kucing betina yang hitam dan menyeramkan!”
Jerit si Combi dan pengikutnya masih ada dibelakang dia. Si kucing kurap dan si kucing buta.
“Hah, eloklah tu, kawan dia kucing putih. Kalau digabungkan boleh jadi tahi cicak. Wek! Wek!”
Perli si kucing buta. Sudahlah buta, ada hati hendak memerli orang? Si Gendut bingkas bangun. Mukanya sudah merona kemerahan. Menahan marah tentang apa yang dilontarkan oleh mereka itu tadi.
“Hey! Kau apa hal ah? Asyik nak mengenakan orang? Ada aku kisah ke, aku nak jadi tahi cicak ke apa? Bukan kami kacau kau pun!”
Marah bunyinya tu. Memang patut pun mereka tu kena marah dengan si Gendut. Biar tahu dirasa. Selama ini asyik nak mengata kami sahaja.
“Eh, apa bunyi bising kat luar tu?!”
Laung Pak Deris dari dalam. Lalu, muncul menghampiri kami dibalkoni. Pak Deris tanpa bercakap sepatah kata. Sepasang terompah diangkat. Bagai acah-acah Pak Deris hendak melontar terompah itu kepada mereka bertiga.
“Ada hati nak ganggu kucing lain?”
Bebel Pak Deris. Litang pukang mereka lari sehingga lesap entah ke mana. Takut terkena terompahlah itu agaknya. Berdekah-dekah Pak Deris ketawa dan meletakkan kembali terompah itu ke tepi. Lalu, masuk ke dalam rumah. Aku dan Gendut turut ketawa terbahak-bahak mengenangkan kucing-kucing itu tadi.





“Lady!”
Berkali-kali nama aku dipanggil dari bawah.
“Oii, aku kat atas ni. Bukan nak bagi salam kea pa, terus panggil nama aku.”
Aku jenguk muka ke bawah. Dari atas balkoni ini aku lepak. Tak larat hendak terjun turun.
‘Kau kenapa Kinci? Cari aku macam cari anak kau yang hilang aje?”
“Hah? Apa? Kinci kau sudah ada anak?”
Tiba-tiba pula si Gendut menjengahkan kepalanya ke bawah melalui celahan kayu yang ada dibalkoni itu.
“Hah?”
Tergelak besar aku tengok si Kinci yang tengah terkejut sehingga melompat-lompat itu.
“Aku mana ada anak lagi?”
Terbeliak mata si Kinci melihat kami berdua.
“Naiklah,”
Pelawa aku sambil berdekah-dekah ketawa. Ketawakan mereka. Lagi aku nak tergelak tengok si Gendut bagai baru lepas lega dengar si Kinci itu masih teruna. Hahahah! Dengan nafas yang turun naik, turun naik sekali lagi dia buat muka tak bersalah,
“Lady…”
“Hai, Kinciku sayang.”
Gendut buat muka gatal. Sajalah itu, agenda menyakat si Kinci sudah tiba.
“Kau ni kenapa Gendut?”
“Aku gurau ajelah, itu pun nak marah ke Kinci?”
Gendut bagai merajuk. Aku pula asyik melihat telatah mereka yang bagai bertemu cinta pandang pertama tapi, malu-malu kucing nak bagitahu.
“Apa?”
Soal aku sebaik sahaja melihat kedua-dua muka kucing yang ada dihadapan aku sekarang ini menjadi semakin merah.
“Kamu berdua ni, kalau berjumpa tak boleh ke aman sedikit? Asyik nak bergaduh aje,”
“Hihi,”
Si Kindi dan Gendut ketawa sambil melihat aku.
“Lady!”
Tiba-tiba si Kinci bagai teringatkan sesuatu. Membuntangkan anak mata melihat aku.
“Cuba bawa bertenang. Cara kau pandang aku tu, boleh buat aku lemah jantung tau.”
Aku menggosok-gosok dada yang agak lemah kini kurasakan sekarang. Sebab, main air sungai banyak sangat agaknya sejak kebelangan ini. Itu yang dada aku asyik sakit.
“Aku dengar si Combi and the geng rancang sesuatu.”
Kinci bagai berbisik ke kuping telinga aku. Sudah pasti penyiasatan perlu dibuat. Jika tidak, makin parahlah kampung kita. Kalau Combi and the geng bak kata si Kinci itu tadi merancang sesuatu yang akan menjatuhkan kerajaan kampung dan persatuan kita sekarang. Aku bingkas bangun. Memandang setiap check point yang kini kukira semakin terancam dengan ancaman anasir-anasir luar yang akan tiba tidak lama lagi.

Episode 3

Keesokan harinya. Lokasi di tempat biasa, belakang rumah tuan aku atas papan. Kembali menjalankan tugas aku dengan meninjau-ninjau kawasan rumah dan selepas itu, kawasan kampung pula. Memantau kucing-kucing yang kukira sekarang mereka sedang menjalankan tugas dengan baik dan sempurna. Sesekali, mengidu-ngidu bau yang asing sekiranya ada.
Jika ada, itu tandanya musuh sedang dekat dan ingin memasuki kawasan kampung. Bau Kinci pula yang menyengat hidung aku. Bau macam kucing tidak suka mandi pun ada. Aku menoleh ke belakang. Kan aku sudah kata. Betul tekaan aku. Dibelakang aku sekarang ada Kinci. Aku ajak Kinci berbual. Sehingga berjalan pulang ke tempat aku sedang lepak dengan mereka pada setiap hari.
“Aku rasakan Kinci, aku ada idea paling bagus untuk mengalahkan si Combi tu.”
Kinci membuntangkan matanya melihat aku. Macam tak sabar nak dengar idea aku.
“Cakaplah Lady, aku dah tak sabar nak dengar.”
“Idea ni tak boleh cakap, hanya boleh bisik aje, kalau kucing lain dengar macam mana?”
Risau aku.
“Hey Lady! Hey… Kinciku sayang!”
“Hahaha,”
Aku gelakkan si Kinci yang sedang berkerut disebalik papan, untuk bersembunyi. Menyembunyikan diri daripada Gendut.
“Hoi, Kinci apalah kau ni, anggap ajelah Gendut tu bergurau,”
“Haah, bergurau ajelah…”
Sambung Si Gendut. Perlahan-lahan Si Kinci keluar dari celah papan kayu tersebut. Aku sambung ketawa.
“Lady… sampai hati tak tunggu gendut mulakan mesyuarat.”
“Gendut baru mulalah.”
“Ok, mulalah… Gendut tak sabar nak tewaskan Si kucing gedik tu.”
“Gendut, tujuan kita bukan nak cari musuh, tapi selamatkan keadaan kampung kita dari mara bahaya yang akan berlaku dikampung kita nanti, ingat tak… apa dah jadi dengan kampung kita sebelum kita tubuhkan persatuan ini?”
“Ingat… Tapi, apa ya Lady?”
Gendut sengeh.
“Adui, ingatkan betul-betul ingat, rupanya… Inilah kucing kita, suka sangat makan kepala ikan dengan semut sampai jadi pelupa,”
Bebel aku. Si Kinci ketawa tengok muka Si Gendut yang bagai masuk ke dalam badan itu. Umpama kepala kura-kura yang masuk ke dalam cengkerangnya sendiri.
“Best apa makan kepala ikan, tapi aku tak makan semut, mungkin semut tu yang masuk dalam kepala ikan, lepas tu aku makan, aku mana perasan, semut tu kecil aje…”
Si Gendut memusing-musingkan ekornya yang panjang itu.
“Hai, kau ni Gendut, tak habis-habis bagi alas an.”
Aku menggeleng-gelengkan kepala. Ingat suatu ketika dahulu kampung sungai sebatang telah dimasuki musang dan tikus. Itu semua angkara kucing-kucing yang malas menjaga keselamatan kampung. Habis tanaman, ayam itik dibunuh dengan kejam. Bermulanya pendekatan baru, selepas penubuhan persatuan kucing-kucing kampung… kejadian-kejadian tersebut telah berkurang. Lama-lama hilang dengan begitu sahaja. Berkat usaha kucing-kucing berkawal dan bekerjasama dalam membanteras kejahatan dan segala ancaman dari anasir-anasir luar seperti mereka itu tadi.



“Kucing-kucing semua, kita bukan hanya perlu celik faktor keselamatan kampung kita, kita juga kena bersedia dari segi akal fikiran. Kalau kita tak celik minda kita pasti akan ketinggalan,”
Aku mulakan ceramah aku yang pertama di sudut pokok di tepi sungai. Adalah beberapa ekor kucing yang datang dengar. Aku harap walau tak ramai, kucing-kucing yang datang dengar ini, tolong sampaikan kepada kucing-kucing yang lain. Lepas ni aku nak ajar ayam itik pula, bagaimana cara untuk lepaskan diri dari musuh yang suka menculik dan membunuh mereka.
“Betul tak apa yang saya cakapkan ini?”
Soal aku. Mengharapkan jawapan yang positif.
“Betul Lady!”
Masing-masing melaungkan jawapan yang ingin aku dengari.
“Lady…”
Panggil salah seekor kucing yang ekornya pendek dan matanya kurang satu. Bersamanya ada lagi seekor kucing kurap yang mengekor dari belakang.
“Ya,”
Aku bagai menunggu soalan apa yang ingin dilontarkan oleh mereka kepada aku.
“Buat apa kita nak celik minda? Apa pula minda tu?”
“Terima kasih yang mengajukan soalan, silakan duduk, bijak, itulah dikatakan minda yang berfungsi dengan baik, berikan tepukan kepada mereka berdua,”
Masing-masing memandang mereka berdua sehingga duduk. Aku nampak ada lagi dua ekor kucing yang ada disebalik pokok. Terkinja-kinja mencuri dengar apa yang aku ingin katakan pada hari ini. Nampak macam bayang si Combi. Ah, biarkan ajelah dengan mereka tu. Apa aku kisah. Janji aku, akan menjaga keamanan kampung dan ikatan padu ahli-ahli persatuan kucing-kucing kampung yang telah tertubuh sekian lama ini. Si Combi tu, perkara remeh aje. Buat-buat tak tahu sudahlah.
“Lady…”
Bisik si Gendut ke kuping telingaku.
“Apa…”
Aku cuba menunduk dan berbisik.
“Bukan ke tu, kucing kurap pengikut si combi?”
“Eh, betul ke?”
“Haah, ya, betul…”
Si Gendut mengangguk-anggukkan kepalanya.
“Tak apalah, biarlah dia nak dengar, mana tahu dia boleh jadi kawan kita nanti…”
Aku tersengeh melihat kucing kurap dan kucing buta itu tadi. Lalu, aku cuba memuji mereka. Sesungguhnya cara memuji pembangkang di dalam majlis begini memang strategi yang bagus untuk mencairkan hati mereka yang keras itu.



“Kinci! Gendut!”
Laung aku dari jauh. Harap mereka dengarlah.
“Ya, hey Lady!”
Masing-masing berlari terkontang-kanting merapati aku di sini.
“Hey…”
Aku tersenyum melihat mereka yang masing-masing gembira jika kami berkumpul bersama-sama seperti ini.
“Kamu berdua hendak ke mana?”
Soal aku sambil berjalan menghala ke sungai.
“Kami nak pergi cari makan, laparlah Lady.”
Masing-masing memegang perut. Ada diantara mereka juga sudah mulai mengeluarkan bunyi perut. Tanda lapar.
“Kau nak ke mana Lady?”
Soal Gendut dari belakang. Sambil kening bertaut melihat mereka berdua. Aku berlari kea rah sungai mendekati gigi air yang sedang mengalir itu.
“Marilah sini, tengok apa lagi. Kata tadi lapar!”
Laung aku, membuntangkan anak mata melihat mereka. Masing-masing juga berlari mendekati aku. Sempat pula break mengejut pabila melihat aku sedang meniti di atas batu di dalam sungai tersebut.
“Kau nak buat apa Lady, sesejuk.”
Tergagap-gagap si Kinci selepas menyentuh air sungai dengan satu kakinya tadi.
“Kau buat apa lagi tu Kinci, aku kan dah ajar kau berenang, buat apa takut lagi dengan air. Beranilah sedikit, kaukan jantan. Tunjuk macho. Apalah, kalah kau dengan kami.”
Aku gelak. Si Gendut juga turut tersengeh. Dia pun takut dengan air ke?
“Gendut! Apa lagi jomlah sertai aku, aku nak tangkap ikan ni. Hah! Tu kat sana tu ada ikan, besar beb!”
Cerita aku, sekilas pandangan aku melekat pada seekor ikan yang ada dicelah-celah batu itu. Pantas aku berlari dan menerkam ikan yang aku nampak itu tadi. Lalu, mencampakkan ke atas tanah. Dihadapan mereka berdua.
“Nah. Ambil!”
Sengeh aku.
“Lady, macam mana kau tahu di situ ada ikan?”
Soal Kinci.
“Aku tahulah, aku dengar orang-orang tua yang ada dikampung nelayan sebelah kampung kita ni bercakap. Kalau mereka nak turun ke lazut, mereka tengok awan dahulu.” Jelas aku. Mata aku pula tajam melihat ikan-ikan yang lalu lalang di depan mata. Tiba-tiba perut pula berbunyi. Hilang kosentrasi.
“Oh, macam tu ke? Apa kaitan pula nak turun ke laut dengan awan tu? Awan ka nada kat atas laut kat bawah?”
Sambung Gendut juga menyoal aku. Si Kinci pula mengangguk-angguk tanda setuju dengan soalan si Gendut tadi. Aku senyum sambil memerhati.
“Ha, itulah kau tak tahu. Awan dan ikan saling berkomunikasi. Kalau awan tompok-tompok di atas sana tandanya hari atau cuaca baik. Jadi, ikan pun naiklah ke permukaan untuk bermain-main.”
“Jadi, kalau cucaca buruk macam mana pula?”
Banyak soal pula si Gendut dan Kinci ni. Aku terus merapati mereka. Melompat-lompat lalu menerjah mereka yang sedang asyik memakan ikan-ikan yang aku tangkap itu.
“Kalau tidak, kau dank au jatuh ke dalam air! Hahaha!”
Aku ketawakan mereka, seraya aku menolak mereka jatuh ke dalam air di tepi gigi air sungai. Aku tengok ikan yang aku tangkap tadi. Nasib tak jatuh bola-bola mata aku dibuatnya.
“Amboi, ikan aku mana?!”
Soal aku. Masing-masing buat muka tidak bersalah. Melihat aku dengan muka kasihan. Itulah mereka. Sudah buat salah, buat pula muka kasihan. Nasib baik aku ini seekor kucing yang berhati mulia.
“Aku nak, ikan! Cepat carikan untuk aku!”
“Tapi, tapi…”
“Tapi apa?!”
“Tapi, kami tak pandai Lady.”
Beritahu mereka dengan susah hati.
“Tadi, masa aku buat kamu berdua taknak tengok, hish…”
Aku terjun kembali ke sungai lalu menyelam ke dalam sungai. Naik ke permukaan dan menggongong anak ikan ke atas. Aku pandang kiri dan kanan. Tengok dua-dua dah hilang.
“Kinci! Gendut!”
Panggil aku.
“Lady, kami di sini…”
Laung mereka sejurus aku memekik memanggil mereka di sini. Aku tengah susah-susah ajar mereka cara cari dan tangkap ikan. Senang hati mereka berdua tu bersantai di atas batu macam orang nak berkelah pula.
“Hoi, ingat nak berkelah ke apa?”
Aku gigit ikan dan aku makan isinya. Sambil tengok mereka berdua yang tengah bersantai di atas batu itu.
“Kami tengah bejalarlah ni Lady,”
Beritahu Kinci, Gendut pula turut serta mengangguk. Ada-ada sahaja dua ekor kucing mala situ. Baru suruh cari dan tangkap ikan. Sudah mengada-ngada.
“Cepatlah! Bila masa lagi kamu berdua nak pandai tangkap ikan, hish!”
Marah aku. Terkinja-kinja si Kinci turun, si Gendut pun ikut sama. Masing-masing mula turun ke sungai dan berenang.
“Apa lagi! Carilah ikan!”
Sekali lagi aku melaung. Aku training kamu berdua macam askar wataniahkan baru tahu. Lalu, mereka berdua menengelamkan dir ke dalam air. Cuba menyelam mencari ikan.
“Lady!”
Aku baru sahaja nak baring. Sudah ada yang menjerit. Aku cari di mana suara si Kinci. Terkontang kanting kepalanya menjenguk ke permukaan air. Alangkah gembiranya aku, melihat si Kinci sudah pandai menagkap ikan. Ikan besar pula tu.
“Wah! Kinci hebat! Hebat!”
Aku melompat-lompat melihat Kinci yang sedang membawa ikan itu ke sini.
“Lady!”
Laung Gendut pula. Tapi, tidak pula dihiraukan. Sudah tentu Gendut akan membawa ikan. Sebab itu aku tak hairan hendak melihatnya. Bunyi bising ibu burung dan anak burung dari atas pokok juga membuat telinga aku naik bingit. Aku jenguk ke atas. Bising mereka menjerit. Jarang-jarang aku dengar suara Gendut memanggil nama aku dari permukaan air.
“Lady!”
“Ah, naiklah Gendut. Aku tahu mesti kau dah dapat ikan besar juga kan?”
Sekilas aku memandang si Gendut yang hampir kelemasan akibat dibelit oleh ular sawa yang entah dari mana datangnya itu.
“Hah!? Gendut!”
Jerit aku. Cemas. Aku terus tenjun ke dalam air. Cuba menyelamatkan Gendut.
“Gendut!”
Aku gigit tengkuk ular sawa sehingga ular sawa meronta-ronta dan lemah. Gendut mulai jatuh ke dalam air. Nasib baik Kinci selamatkan Gendut. Lalu, ditarik ke dalam air.
“Ahh!!!”
Jerit aku. Tiba-tiba rasa kaki tertaut dengan sesuatu.
“Lady!”
Laung Kinci. Gendut dibiarkan di atas tanah.
“Aku tak apa-apa.”
Aku timbul ke atas permukaan. Tidak lama kemudian, ular sawa yang dah jadi bangkai itu tadi timbul di atas permukaan air sungai. Lalu, dibawa bersama arus sungai yang semakin deras itu.
“Gendut!”
Jerit aku. Aku cuba menekan-nekan dan menginjak-ginjak perut Gendut.
“Gendut bangun Gendut!”
Jerit aku lagi.
“Maafkan aku, bukan niat aku nak jadi begini,”
Tiba-tiba rasa sesal dalam diri sebab terlalu kasar dengan mereka. Kalau Gendut mati, siapa lagi hendak bermain dan berbual dengan aku nanti. Tinggal Kinci sahaja. Sudah tentu semakin bosan. Sedikit air mata hampir bergenang keluar dari lopak mata.
“Aku ok!”
Gendut sengeh.
“Huu?”
Aku tengok muka Gendut, aku tengok pula muka Kinci. Kinci turut sengeh.
“Kamu berdua ini kalau tak main-main dengan aku boleh tak?”
Marah aku. Terus aku mengejar mereka berdua yang tiba-tiba lari litang pukang. Si Kinci pula berlari sambil menggongong ikan besar tadi.
“Hoi, tunggu akulah!”
Rasa sedikit pincang kaki sebelah kanan aku ini. Aku duduk dan tengok kaki yang sakit tadi.
“Berdarah rupanya, padanlah rasa sakit…”
Seluruh pandangan kini kurasakan gelap gelita. Kenapa?
“Lady, duduk dalam sangkar dulu ya? Pak Deris nak balik rumah, nanti Dr. Suresh akan ubatkan Lady sampai sihat.” Beritahu Pak Deris.
Lemah tubuh masih terasa.
“Pak Deris, saya rasa ini gigitan ular sawa, besar ni lubang kat kaki Lady.”
Cerita Dr.Suresh. Bunyinya agak cemas sedikit. Aku sudah nak mati ke? Aku bingkas bangun. Namun, tak boleh.
“Itulah, Dr., saya ingat pun macam tu tadi. Saya nampak dia terbaring tepi reban ayam dengan basah kuyupnya. Agaknya baru berentam dengan ular sawa. Saya ada tinjau-tinjau juga di tepi sungai, sah Dr. ada bangkai ular sawa. Cepat-cepat saya tanam, takut busuk.”
Cerita Pak Deris dengan bangga mempunyai seekor kucing yang hebat macam akulah agaknya tu. Aku dalam samar-samar masih dapat mendengar mereka berbual mengenai aku dan ular sawa yang aku bunuh tadi. Nasib baik Gendut selamat dan sihat.
“Hebat juga kucing hitam ini ya Pak Deris? Dah macam Harimau kumbang saya tengok.”
Masing-masing ketawa sambil berlalu meninggalkan aku di dalam sarang di klinik Dr. Suresh ini. Harimau kumbang? Aku bukan harimau kumbanglah, aku kucing.
“Haah, baka dia juga tu,”
Sambut Pak Deris lagi.
“Dah lama saya tak nampak cucu Pak Deris ke mari, mana dia pergi?”
Sayu-sayu aku dengar perbualan itu.
“Ada, dia balik Kuala Lumpur. Ikut emak dialah apa lagi, tapi dah besar panjang.”
Cerita Pak Deris itu buat telinga aku berbunga-bunga. Aku rindukan cucu Pak Deris. Nama di Dasim. Dasim aku kenal dia masih kecil. Aku waktu itu pun kecil lagi. Sekarang mesti sudah besar. Sebab aku pun sudah besar. Dia cukup sayangkan aku. Dialah yang sering menyuruh Pak Deris menghantar aku ke klinik haiwan. Katanya demi menjaga kesihatan aku. Takut terjadi apa-apa dengan aku. Aku sengeh mengenangkan Dasim.
“Ha, sudah ada bau nasi minyaklah tu Pak Deris.”
Sambung Dr.Suresh sambil ketawa besar.
“Entahlah, budak itu, entah sempat dengan saya tengok dia naik pelamin entah tidak?”
“Kenapa pula cakap macam itu Pak Deris, berdoa sajalah.”
Mengingatkan harimau kumbang pula. Hampir lupa pula aku dengan seekor harimau kumbang yang sama hitam dengan aku. Nama dia Mike. Cuma dia lebih besar berbanding aku. Dia ada di dalam hutan seberang sungai. Menyorok. Katanya, takut dengan manusia. Takut jikalau dia keluar dan menunjukkan diri kepada manusia. Dia akan ditembak sehingga mati. Tapi, harimau kumbang tu baik. Kenapa manusia takut agaknya?
“Apa maksud Pak Deris aku baka harimau kumbang?”
Aku mulai beputar ligat berfikir mengenainya. Tidak faham pula aku kenapa aku dikatakan sebagai baka harimau kumbang?

Episode 2

Hari yang cukup ceria ini juga, seperti biasa aku memulakan tugas aku sebagai seekor ketua kucing-kucing kampung dengan meninjau kembali kawasan rumah Pak Deris. Kalau dah betul-betul selamat, baru aku akan tinjau kawasan lain pula. Pak Deris selalu berpesan kepada aku. Jaga rumah kalau dia tak ada. Aku dengan segala hormatnya menurut perintah. Perjalananku terhenti seketika. Kakiku kini, seolah-olah berat untuk melangkah maju ke depan. Aku rasa, macam ada yang tak kena. Macam ada sesuatu disebalik pokok di belakang rumah Pak Deris itu. Tiba-tiba sahaja aku boleh terfokus ke tempat tersebut. Lalu, aku cuba untuk menghampiri pokok yang aku fokuskan tadi. Agak membuntang anak mata kumeneliti setiap tulisan dan ayat yang ada di atas kertas itu. Tulisannya macam budak tadika menulis. Aku rasa tulisan aku lebih cantik dari tulisan yang ada di atas sekeping poster dan melekat disebatang pokok tersebut.
“Apa ni?”
Perasaan agak pelik kini mulai menyelubungi jiwa dan perasaan. Aku pandang keliling. Namun, lirikan hujung mata ini asyik ingin melekat untuk mengamatinya dengan lebih lagi. Setelah, perkataan itu timbul. Timbul dengan jelasnya dihadapan mata yang bulat dan bersinar-sinar ini.
“Pencalonan semula? Pencalonan semula, ketua persatuan kucing-kucing kampung?!”
Sekali lagi aku membeliakkan anak mata. Amboi nak lawan aku nampak? Hmm… Ini mesti Combi kucing gedik yang terkeluar dari ahli persatuan aku itu tempoh hari. Ada hati hendak melawan aku dan ingin merebut jawatan ketua persatuan kucing? Aku carik poster tersebut. Lalu, kugonggong terus ke sebalik papan tempat selalu aku lepak dengan Kinci dan Gendut.
“Lady!”
Laung Kinci dengan nama aku dari hujung pagar sana. Melihat aku yang sedang asyik melihat poster yang mungkin sama dengan kertas yang sedang digongong oleh dia.
“Kau lihat ni, ada kucing yang nak lawan kau,”
Aku tunduk melihat poster tersebut.
“Kau dah tahu Lady?”
Soal Kinci, tiba-tiba gendut pun turut muncul. Terkontang-kanting dia berlari merapati tempat kami sedang berbual ini.
“Hey!”
“Hey, Gendut.”
Aku dan Kinci menyahut.
“Lady, Kinci kau pun ada?”
“Ya, aku tengah berbual dengan Lady, pasal…”
“Aku tahu, mesti pasal Combi nak lawan Lady jadi ketua kat sini bukan?”
Bersungguh si Gendut memberitahu. Lalu, duduk dan melihat muka kami berdua yang sudah agak semakin membuntu dengan kejadian tersebut.
“Mana kau tahu Combi nak lawan Lady?” Soal Kinci.
Aku dah agak, mesti dia yang buat semua ini. Sebab, dia bukan suka aku jadi ketua dekat sini. Aku tegas, macam askar. Fikir aku. Sememangnya aku tegas demi kesejahteraan mereka dan kampung tempat mereka tinggal juga. Tempat mereka berlindung juga.
“Aku tahu, tadi aku dengar Combi bagi khutbah dekat belakang rumah Hj. Sahak.”
Tiba-tiba aku rasakan sesuatu. Aku rasa urat geli aku nak putus sebab dengar ayat Gendut. Khutbah tu untuk orang yang pergi masjid pada hari jumaat sahaja. Kinci pun turut gelak melihat aku nak hampir merah padam menahan tawa itu tadi.
“Bukan khutbahlah, tapi syarahan,” aku membetulkan ayat si Gendut.
Masih tersisa dengan gelak tawa berkenaan tadi. Si Gendut, tersipu-sipu malu. Tersengeh-sengeh dia dibuat kami. Tiba-tiba kami serius. Serius dengan ayat hujung si Gendut itu tadi pula.
“Apa? Belakang rumah Hj. Sahak?”
Soalan itu terpancul daripada mulut aku dan Kinci. Secara serentak pula tu. Macam tahu-tahu sahaja si Kinci ini tentang apa yang aku fikirkan. Mata kami tertumpu melihat Gendut. Menunggu apa riaksinya tentang apa yang kami sedang fikirkan tadi.
“Haah,”
Angguk si Gendut.
“Amboi ini dah lawan taukey ni.”
Si Kinci pula yang naik angin marahkan Si Combi.
“Hey kawan, bawa bertenang… Aku tubuhkan persatuan ini bukan nak berlawan, tapi aku nak latih kamu semua bertanggungjawab untuk menjaga kemanan kampung dari musuh, menjaga tuan kita yang telah memberi kita makan dan jaga kita, sejak kita jaga kampung ini mana ada lagi musang nak tangkap anak ayam dah, tikus pun takut nak masuk rumah, betul tak kawan-kawan?”
“Betul, betul,”
Serentak mereka mengangguk. Aku bukan suka cari musuh. Buat apa hidup mencari musuh. Kalau ada musuh jadi macam inilah. Terpaksa berfikir bagaimana nak lawan musuh. Taka man jiwa. Si Combi pula asyik hendak melawan. Asyik mencari agenda untuk menewaskan aku. Kononya aku ketua yang kejam. Pelik betul. Kalau aku kejam, sudah lama aku campak sahaja si Combi and the geng itu ke dalam hutan. Biar harimau yang kerjakan mereka bertiga. Baru tahu siapa kejam sekarang.



“Marilah kita membanteras segala jenis penganiayaan yang telah dibuat oleh kucing yang tidak bertamadun sebelum ini! Kita inginkan kedamaian bukan inginkan kekerasan, tengoklah sekarang… wahai kawan-kawan, kita tak patut melakukan kerja-kerja menjaga keselamatan, itu tugas manusia bukan tugas kita. Kita dilahirkan ke dunia ini adalah untuk dibelai, dimanja, dikasihi oleh tuan kita. Bukan untuk bekerja kepada tuan kita…”
Laung Combi. Laungan itu membingitkan telinga aku yang sedang membesar bagai mulut kuali ini. Panas-Panas aku dengar. Kucing tak kenang budi kepada tuannya. Macam itulah rupanya.
“Tengok tu Lady, hish habislah kampung kita akan dimasuki musang lagi, apatah lagi tikus pasti bermaharajalela jika semua kucing dengar cakap si Combi,”
Beritahu si Gendut dengan takut dan cemas. Dia tarik telinganya yang dah sumbing digigit oleh tikus suatu ketika dahulu.
“Tengok telinga aku… dahlah sebelah sumbing, nanti lagi sebelah sumbing lagi…”
Si Gendut buat muka sedih. Dia peluk tubuh Si Kinci. Terkial-kial kawan tu nak melepaskan diri.
“Arr, habis basah lengan aku kena hingus kau Gendut!”
Omel Kinci. Lalu, menarik dirinya dari dipeluk oleh Gendut lagi. Aku di sini tergelak kecil melihat mereka berdua.
“Amboi, nak berasmara pun janganlah kat sini, aku nikahkan kau berdua baru tahu,”
Bukan pun mereka berdua tu berasmara. Saja aku tambah perencah supaya nampak lagi menyengat cara aku perli mereka tu. Maaf, aku tak suka perli orang. Tapi, aku rasa dah jadi hobi aku sejak akhir-akhir ini.
“Hihi, ampun Lady,”
Si Gendut menenyeh-nenyeh hidungnya yang berhingus itu dengan lengan.
“Eee, pengotor betullah kau ni Gendut,”
“Kau nak kawin ke dengan aku Kinci?”
Tiba-tiba Gendut soal Kinci macam tu. Naik terbeliak anak mata si Kinci tu aku tengok. Aku pun tak sangka juga si Gendut ada menaruh hati dengan si Kinci tu. Terbahak-bahak aku gelak mengenangkan mereka. Seekor gendut, seekor lagi keding. Pasangan cocok. Aku, Kinci dan Gendut berlalu dari sebatang pokok balik ke rumah masing-masing. Aku tahu si Kinci mesti ngeri dengan soalan yang baru diajukan oleh si Gendut itu tadi.


“Hey kucing betina yang hitam lagi menyeramkan!”
Tiba-tiba aku dengar suara sumbang yang sedang buat bising di atas bumbung rumah tuan aku. Mengejutkan aku pula dari rehat yang tenang dan kesejukan malam yang mengasyikkan ini. Tapi, semua tu dah tak asyik lagi, dah jadi sakit hati, panas-panas. Ada ke patut dia kata aku hitam dan menyeramkan.
“Apa kau nak betina gedik?”
Perli aku. Aku tahu dia marahkan aku sebab aku panggil dia betina gedik. Cuma, dia buat-buat cool aje.
“Kau takut ke dengan cadangan aku untuk buat pilihan raya?”
“Hello, aku tak takut.”
Aku bingkas bangun. Ingin cuba mematahkan apa yang diperkatakan oleh Si Combi itu tadi.
“Kalau macam tu, kita tengok siapa yang akan menang nanti.”
Si Combi dan pengikutnya si kucing kurap dengan belagak turun dari bumbung lalu berlalu dari sini.
Eleh, apa aku nak takut dengan kau. Setakat pengikut dengan kucing kurap tu. Aku tak hairan langsung. Aku mematahkan rasa seram sejuk aku terhadap ugutan-ugutan dari kucing-kucing tadi. Aku nak lelap, namun mata masih terkebil-kebil melihat bulan penuh di atas langit. Merenung masa depan kampung yang mungkin terancam sekiranya perkara ini terus berlaku.

Sunday, 19 September 2010

Episode 1




Kampung Sungai Sebatang, kenapa kampung aku dinamakan dengan nama itu? Itulah, sebab kampung aku dekat sangat dengan sebatang anak sungai. Kampung aku juga adalah sebuah kampung yang indah dan aman setelah aktiviti membanteras kejahatan dan kekejaman daripada musuh dilakukan oleh persatuan kami, PKKK. Kalaulah kampung ini aman sebegini setiap masa, bukankah bagus itu? Kuranglah masa sedikit hendak mengatur dan memikirkan strategi untuk berperang.

Aku bingkas bangun dari singgah sana, turut meninjau-ninjau keadaan keliling. Kelihatan di dalam rumah kosong. Pintu dan tingkap pun ditutup dan dikunci rapat. Pak Deris dah keluar agaknya. Tak apalah… kan, aku ada. Aku boleh jaga rumah ini. Ingat Lady tak pandai jaga rumah ke? Aku panjat ke atas. Meninjau kembali dari atas balkoni. Meneliti setiap check point dari setiap sudut. Keputusan masih selamat. Tiada pergerakan musuh dikesan. Aku membaringkan badan. Sejuk-sejuk yang mulai menyapa. Angin pun agak tenang pada waktu ini. Bagai tahu kampung dan kawasan aku berada dalam keadaan aman, damai dan makmur sekali.

“Lady!”

Nun jauh lagi si Kinci dah melaung memanggil nama aku. Bagai tergesa-gesa pula dia berkejar datang ke arah aku. Laungan itu yang sering buat aku lemah jantung. Tapi, aku masih boleh buat muka tenang. Buat apa nak kecoh-kecoh, releks beb. Doktor Suresh sudah berpesan kepada aku, aku kena sentiasa dalam keadaan tenang. Pak Deris yang perkenalkan aku dengan Doktor itu. Baik orangnya.

Satu yang aku tak suka mengenai Doktor Suresh. Dia suka guna jarum nak suntik aku. Pak Deris cakap. Suntikan tu berfungsi sebagai multivitamin aku. Senang cerita, bertindak sebagai antibodi. Agar tak terkena jangkitan atau virus selsema burung yang melanda tak berapa lama yang lalu. Lepas tu, H1N1 pula. Kenapalah haiwan jenis mereka itu sering buat onar dengan mendatangkan pelbagai penyakit? Aku malas nak beritahu haiwan mana. Semua jenis makhluk dekat dunia ini, tahu haiwan mana yang suka sangat bawa penyakit itu. Aku dengar ikan dilaut pun tahu. Sebab tulah agaknya ikan tak suka sangat timbul. Aku laparlah pula kalau cakap pasal ikan ini. Ah, kejap lagilah aku ajak si Kinci dan si Gendut tangkap ikan di sungai.

Hmm, nasib baik aku tak disuruhnya Pak Deris memakai topeng putih untuk mengelakkan aku dari terkena penyakit tersebut. Aku tarik nafas. Oh, satu lagi nak bagitahu, sorry… aku tak ada kutu.

“Apa?!”

Aku turun dari atas balkoni ke bawah meninjau keadaan sebenar.

“Apa hal panggil aku ni?”

Aku pandang muka kinci yang sudah tercungap-cungap itu. Kakinya pula sudah terkangkang, lidah juga terjelir ke depan. Nafasnya turun naik, turun naik sama naik dengan lelah yang dia bawa bersama itu.

“Lady! Lady!”

“Hey, boleh tak kau sopan sikit, terkangkang macam kucing nak berak aje.” Nasihat aku setelah melihat kedudukan Kinci yang agak kurang selesa memandangnya.

Aku duduk di atas papan yang diletakkan di belakang rumah tuan aku tu. Menjauhi sedikit dengan kedudukan kinci si kucing jantan bewarna kuning itu tadi. Kelam kabut pula dia merapati aku. Melangutkan mukanya ke atas melihat di mana aku sedang berada sekarang. Sambil-sambil melepaskan lelahnya yang semakin sedikit didengari. Si Kinci ini, kucing orang tinggal. Hidupnya kesepian. Tapi, katanya sejak ada aku dan gendut, dia happy. Gembira. Aku apa lagi, kembang semangkuklah hidung ini. Aku pun suka berkawan dengan dia. Walau dia dikenali sebagai seekor kucing yang agak kelam kabut.

“Lady! Dengarlah apa aku nak cakap ni!”

“Ok, ok, apa dia, cakap ajelah sejak dari tadi aku telopong nak dengar apa yang kau nak cakap… tapi, tak cakap-cakap pun juga.”

Aku membebel bagai itik orang sebeleh yang tersepit ekornya dipagar tempoh hari.

“Macam ni lady, macam mana aku nak cakap kat kau ni? Aku cerita takut panjang pula ceritanya. Kalau pendek, kau tak faham pula.”

Kinci buat muka sedih.

“Habis tu cerita ajelah, kalau tak penting jangan cerita aku nak tidur.”

Aku merebahkan badan ke atas papan yang masih sejuk dengan embun. Kinci menarik nafasnya panjang sebelum bercerita. Nyaris nak tidur aku dibuatnya menunggu apa yang akan diceritakan oleh kinci itu. Kucing lembap.

“Pada suatu hari, aku berjalan.”

Ketang! Sebatang kayu mengena kepala kinci.

“Kucing! Apa kau nak cakap? Lembaplah!”

Marah aku. Naik angin pula aku dibuatnya, lembap sangat nak bercerita.

“Lady! Sakitlah! Aku berjalan kat tepi sungai tadi, aku nampak ada anak burung jatuh, aku tak berani nak tolong, sebab aku gelilah dengan binatang macam tu, eee geli!”

Sambil bercerita dia menggosok-gosok kepala yang terkena kayu yang aku baling tadi.

“Apa?! Kau tak tolong anak burung yang jatuh tu?”

Soal aku. Mata aku dah membulat tanda nak marahlah ni.

“Tak…”

Kinci buat muka seposen.

“Adui, tak boleh harap, aku bagi-bagikan tugas dekat setiap ekor kucing untuk menjaga kawasan masing-masing, tapi tak jaga dengan baik, ini yang aku nak marah ni, aku lucutkan jawatan baru tahu!”

Bebel aku sambil berlari ke arah sungai ditepi rumah tuan aku. Aku mencerun ke bawah sehingga merapati tanah yang semakin lecah dan becak itu. Si Kinci pula telolong lolong memanggil aku.

“Tunggu, tunggu…”

Aku berpaling melihat Kinci.

“Tolong! Tolong! Anak saya jatuh ke dalam air, dia hampir mati!”

Jerit ibu burung dari atas. Aku apa lagi menunjukkan gaya aku yang agak macho itu berenang untuk mendapatkan anak burung yang tersangkut di dahan pohon yang jatuh ke dalam anak sungai tersebut. Aku gigit anak burung itu lalu aku bawa ia ke tebing. Nasib baik hidup lagi.

“Oh, anak ibu… terima kasih Lady,”

Ibu burung tadi terus membawa anaknya ke dalam sarang.

“Jangan lupa panaskan badan anak itu ibu burung, nanti anak burung mati kesejukan pula,”

Pesan aku.

“Baiklah Lady.”

Angguk ibu burung. Aku menjilat-jilat tubuh yang agak kebasahan ini.

“Lady! Aku bangga mempunyai seekor kucing seperti kau menjadi seekor kawan kepada aku.”

Matanya yang semakin membulat buat muka kasihan, dan memuji aku pula itu. Nak elak dari kena pecatlah tu agaknya. Kali ini aku maafkan dia, lain kali aku pecat terus dari persatuan kucing-kucing kampung. Nampak aje aku garang. Tapi, aku juga berhati mulia. Mulut aje lebih suka marah-marah mereka, tapi hati aku banyak baik punya.

“Maafkan aku Lady, aku tak pandai berenang.”

Kinci buat muka toya. Aku dengan garang memandang dia. Sebagai ketua persatuan kucing-kucing kampung, aku patut rancang sesuatu untuk melatih mereka ini untuk menjadi kucing yang gagah perkasa bukan lembik macam si kinci tu. Aku harap aku dapat ubah si kinci jadi berani dengan air. Bukannya aku tak tahu, ada diantara kucing-kucing yang tak suka mandi.

“Kinci, panggil semua ahli ke sungai, kita adakan perjumpaan.”

Arah aku macam askar pula. Si Kinci tu, kelam kabut lari. Hai, macam mana nak jadi ahli persatuan kucing-kucing kampung yang berwibawa ni.


JJJJJ


“Skuard!”

Laung aku kuat-kuat agar semua diam dan mengambil perhatian terhadap arahan sekarang.

“Baris sedia! Senang… diri!”

Laung aku sekali lagi, aku inginkan barisan yang dibuat oleh kucing-kucing itu tidak berterabur. Nanti senang nak periksa barisan.

“Lady!”

Aku berpaling.

“Apa, lembap, aku suruh kau panggil mereka, kau pula yang lambat datang!”

“Maaf Lady, aku cirit birit…”

“Ada-ada saja alasan kau, sudah pergi cari tempat sekarang!”

Marah aku.

“Hey! Kau nak ke mana? Aku kata masuk barisan bukan pergi tempat lain, Susah betul cakap dengan kucing lembap macam kau ni kinci!”

“Maaf-maaf.”

Kinci terus masuk ke barisan. Kucing-kucing lain pula tergelak disebalik serius yang aku lihat tadi. Pantang lepa aku berpaling ke lain, mereka sudah lupa aku di mana.

“Apa gelak-gelak, sekarang aku nak ajar kamu semua berenang… Ingat aku tak mahu sesiapa dikalangan kamu tak pandai berenang lagi.”

Jelas aku dengan tegas.

“Berenang Lady?”

Si gendut kucing betina tiba-tiba buka mulut.

“Ya, berenang, ke dalam air.”

Aku mengarahkan tangan ke sebatang anak sungai. Semua kucing yang dengar bunyi air dah mula takut dan kecut.

“Aku tak suka airlah, apa ni lady.”

Bunyi itu aku dengar dari salah seekor kucing gedik.

“Hello! Ini arahan! Siapa taknak ikut arahan aku, boleh keluar dari persatuan ini!”

Marah aku, menghala ke muka si kucing gedik, combi nama yang diberikan oleh tuannya. Combilah sangat. Penakut. Bentak hati kecilku.

“Aku nak keluar, siapa nak ikut aku!”

Combi bersuara dengan lagak keluar dari barisan memalingkan punggung lalu berjalan pergi dari sini.

“Siapa nak keluar lagi! Pergilah ikut kucing gedik tu! Persatuan ini ditubuhkan bukan untuk buat kamu semua teraniaya, aku nak ajar kamu disiplin, setiap kucing aku berikan kawasan, untuk dijaga bukan untuk bersiar-siar sahaja, tergedik-gedik ke sana-ke mari dengan kucing jantan lain. Lagi satu aku taknak ahli persatuan ini ada yang buang anak sesuka hati seperti kucing-kucing betina yang ada dikampung seberang, ada faham!”

“Faham, lady!”

Hanya suara Kinci sahaja yang aku dengar. Dia sahaja yang sesat masuk persatuan aku ni. Kucing-kucing lain semuanya betina.

“Kinci aje yang faham, yang lain tak faham kea pa yang aku cakap tadi?”

“Faham Lady!”

Semua pakat faham.

“Bagus, kalau macam tu, mulai sekarang, kita mulakan latihan… Tak ada tapi, tapi…Sekarang!”

Jerkah aku. Masing-masing litang pukang terjun ke dalam anak sungai. Belajar berenang. Aku nak latih mereka macam askar-askar manusia yang pernah aku lihat suatu ketika dahulu. Itu pun sebab aku tersesat masuk kem askar. Oleh sebab itu, demi kampung tercinta aku akan perjuangkan keamanan ini dengan sebaik mungkin. Hidup keamanan! Hmm, maka juga tak jadilah tangkap ikan di sungai. Baik balik rumah. Pak Deris mesti sudah sediakan aku makanan sedap-sedap.

Friday, 2 July 2010

Aku LADY CAT!

Hey LADY, tuan aku panggil aku dengan nama LADY, so panggil aku LADY! hey LADY, miow...
Ini kisah tuan aku,
ini kisah aku juga,
="P
TUNGGU ya,
...JOM mengembara dengan aku LADY,
dengan dunia dan cerita aku.